1. Menurut dapatan kajian, setiap sekolah mempunyai
pelbagai salah tingkah laku dan masalah disiplin murid. Antaranya gejala ponteng merupakan gejala yang kerap
berlaku di setiap sekolah seterusnya ialah datang lewat ke sekolah.
2. Penemuan kajian ini bersama dengan kajian lepas yang mengatakan bahawa ketidakhadiran ke sekolah tanpa sebab iaitu ponteng sekolah merupakan masalah disiplin pelajar yang utama dan semakin meningkat di sekolah X.
3. Kajian ini juga bertepatan dengan penemuan kajian lepas yang kita jumpai yang menggunakan model Pengurusan Displin (Fail Meja Displin) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Punca-punca Masalah Disiplin Pelajar
2. Penemuan kajian ini bersama dengan kajian lepas yang mengatakan bahawa ketidakhadiran ke sekolah tanpa sebab iaitu ponteng sekolah merupakan masalah disiplin pelajar yang utama dan semakin meningkat di sekolah X.
3. Kajian ini juga bertepatan dengan penemuan kajian lepas yang kita jumpai yang menggunakan model Pengurusan Displin (Fail Meja Displin) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Punca-punca Masalah Disiplin Pelajar
Menurut Unit Disiplin Bahagian Sekolah-sekolah,
Kementarian Pendidikan Malaysia, masalah ponteng sekolah mencakupi sebahagian
besar salah laku yang dilakukan oleh golongan remaja yang tentunya di bangku
sekolah.
i.
Pengaruh rakan sebaya
ii. Faktor
diri kendiri
iii. Latar
belakang keluarga yang bermasalah atau berpecah
iv. Kekurangan
didikan agama
v. Pengaruh
media massa
vi. Pengaruh
budaya barat
vii. Pengaruh
persekitaran
Kesan Masalah Disiplin Pelajar
Menurut Salleh B. Majid (1997) dalam artikelnya
“Jangan Salahkan Remaja Sahaja” menjelaskan bahawa gejala ponteng yang kerap
berlaku dalam kalangan remaja bukan sahaja membawa kesan kepada pelajar
tersebut diri sendiri, malah ia turut membawa implikasi kepada pelbagai pihak.
(i) Kesan ke atas Individu
i. Mempamerkan akhlak diri yang tidak baik.
ii. Dikena dendaan dari pihak sekolah
sehinggalah dibuang sekolah.
iii. Dipandang
rendah oleh rakan lain.
iv. Masa
depan terjejas.
(ii) Kesan ke atas Keluarga
i. Imej dan nama baik sesebuah
keluarga akan dijatuhkan.
ii. Ibu bapa akan dianggap tidak pandai
mendidik tingkah laku anak dan kekurangan ilmu keibubapaan.
iii. Hubungan silaturahim antara ahli
keluarga terjejas.
(iii) Kesan ke atas Sekolah
i. Menjejaskan imej sekolah.
ii. Pihak sekolah mempunyai rekod yang buruk
tentang disiplin pelajar.
(iv) Kesan ke atas Masyarakat
i. Akan meyebabkan berlakunya
jenayah-jenayah seperti bergaduh, mencuri dan merompak.
ii. Pelajar
sudah terbiasa dengan kegiatan buruk di sekolah.
(v) Kesan ke atas Negara
i. Negara kita hilang pelapis generasi
kepimpinan masa hadapan.
Langkah-langkah Mengatasi Masalah Disiplin Pelajar
(i) Individu
· Membentuk sahsiah yang baik sejak bangku
sekolah.
· Memupuk nilai moral dan
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
· Melatih disiplin sendiri seperti
menepati masa.
·
Bagi pelajar yang mempunyai masalah
disiplin, mereka haruslah sedar dan mengakur kesalahan sendiri dan berjanji
tidak mengulangi kesalahan yang sama.
(ii) Ibu bapa
· Sepatutnya mencurahkan lebih banyak kasih
sayang kepada anak-anak yang bermasalah disiplin.
· Supaya anak akan berasa tersayang.
· Menasihati anak mereka dan memerhati
perubahan tingkah laku anak-anak mereka supaya dapat mengenal pasti puncanya.
· Memupuk nilai-nilai murni sejak kecil
lagi.
· Menegaskan kepentingan sikap berdisiplin
dalam kehidupan seharian.
(iii) Guru
·
Sesi kaunseling harus diberikan.
·
Seperti dalam kajian lepas, guru
kaunseling boleh menjalankan sesi kaunseling dengan cara temubual dan soal
selidik untuk mengenalpasti faktor-faktor masalah disiplin pelajar.
· Mendekati pelajar tersebut untuk
memahami keadaannya.
(iv) Pihak Sekolah
· Menperketat peraturan-peraturan sekolah.
·
Sebagai contoh, pihak sekolah boleh
mengubah cara denda atau menambahkan dendaan terhadap pelajar-pelajar yang
sering melanggar peraturan sekolah.
· Memberi amaran menakutkan pelajar supaya
menjauhkan diri daripada masalah disiplin.
·
Program kesedaran pelajar seperti kem
motivasi juga perlu dijalankan.
Rujukan
1. Muhammad Faizal
A. Ghani, Norfariza Mohd Radzi, Simin Ghavifekr, Hisaina Banu Kenayatullah,
Mokhtar Muhammad. (2014). Jurnal Kepimpinan Pendidikan. Pengurusan Disiplin Murid di
Sekolah Kawasan Bandar dan Luar Bandar: Perspektif Pemimpin Sekolah, 1(1),
34-36. Diperoleh daripada https://jupidi.um.edu.my/article/view/8282/5746.
2. Hussein Mahmood.
(1993). Kepimpinan dan
Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1993.
3. Salleh B. Majid. (1997, Jun). Jangan Salahkan Remaja.
Utusan Malaysia.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete