PENGENALAN KAJIAN

Dalam mendepani arus pemodenan, saban hari permasalahan tingkah laku dan disiplin pelajar dilihat semakin berleluasa. Hal ini amat membimbangkan semua pihak kerana ia seperti menjadi duri dalam daging yang akan membawa kepada kemerosotan adab, tingkah laku serta disiplin pelajar terhadap ibu bapa, rakan-rakan, malah guru mereka sendiri. Masalah ini perlulah secepatnya dibendung agar tidak menjadi kudis yang meninggalkan parut yang lebih serius. Untuk memastikan kita  berupaya melahirkan pelajar yang merangkumi falsafah pendidikan kebangsaan. Maka langkah-langkah pengurusan tingkah laku pelajar haruslah dilaksanakan dengan cara yang terbaik di semua sekolah di Negara ini agar dapat melahirkan pemuda dan pemudi yang dapat berbakti kepada agama, bangsa dan Negara.


APAKAH DEFINISI SEBENAR ‘TINGKAH LAKU

           Makna tingkah laku dapat disimpulkan sebagai perangai, gerak-geri, kelakuan, segala perbuatan yang melibatkan kegiatan motor seperti berjalan, berlari, bergerak, berinteraksi, dan memberi respon atau tindak balas terhadap sesuatu sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak. Malahan tingkah laku juga sebenarnya mencakupi gambaran emosi dan mental seseorang.

           Menurut Kamus Dewan (1979),tingkah laku membawa maksud berbagai-bagai ragam dan berbagai-bagai laku.

     Seterusnya, menurut Lewis M.Beaker (2011) tingkah laku adalah apa yang kamu lakukan, cara berinterkasi atau cara beraksi dan bertindak balas terhadap persekitaran.
Terdapat dua jenis tingkah laku iaitu tingkah laku bermasalah positif dan tingkah laku  bermasalah negatif.


Tingkah Laku Bermasalah Positif

           Tingkah laku positif merupakan tingkah laku kanak-kanak  yang merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka. Dengan adanya tingkah laku ini, kanak-kanak akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

           Kanak-kanak yang cepat belajar juga merupakan tingkah laku yang positif kerana akan memudahkan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Guru tidak perlu melakukan proses pemulihan sekiranya kanak-kanak cepat belajar. Guru cuma perlu fikirkan aktiviti pengayaan untuk kanak-kanak tersebut.

Jenis-jenis Tingkah Laku Bermasalah Positif

a) Tingkah laku ingin tahu- Sikap ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang dilihat.
b) Tingkah laku cepat belajar- Cepat menangkap atau ‘catch up’ sesuatu perkara yang baru dipelajari, dapat mempelajari sesuatu yang baru dengan cepat.
c) Tingkah laku pintar cerdas- Sentiasa cepat dan pantas apabila menggunakan otak dan berfikir.
d) Tingkah laku proaktif- Sentiasa menunjukkan kesungguhan atau sikap maju ke depan berbanding kawan-kawan yang lain.

Tingkah Laku Bermasalah Negatif

           Tingkah laku negatif pula merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Jenis Tingkah Laku Bermasalah Negatif

a) Tingkah laku bergantung
b) Tingkah laku distruptif
c) Tingkah laku distruktif


APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENGURUSAN  DISIPLIN?

           Menurut Kamus Dewan, disiplin merujuk kepada latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib. (DBP, 2002 : 308).

           Di samping itu menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, menjelaskan disiplin bermakna kesanggupan seseorang untuk melakukan sesuatu dengan tertib, menghormati hak orang lain, mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain. (Abdullah Sani, 2006 : 1)

           Seterusnya menurut Mok Soon Sang (1995) pula menyatakan pada peringkat sekolah, disiplin adalah peraturan-pertauran yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran. Selain itu, disiplin juga bermaksud kesanggupan seseorang  itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan hormat-menghormati  diantara satu sama lain dan mempunyai semangat tolong-menolong dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat terhadap masyarakat.

           Menurut Mohd Ismail (2008), pengurusan disiplin melibatkan tiga aspek tindakan iaitu tindakan  penyediaan asas-asas kawalan tatatertib terutama sekali penentuan tatatertib, pelaksanaan proses tatatertib dan mengenakan hukuman tatatertib melakukan kesalahan.

           Sistem pengurusan disiplin yang baik perlulah sentiasa berpandukan kepada peraturan-peraturan oleh Kementerian Pelajaran  melalui pekeliling-pekeliling ikhtisas yang dikeluarkan dari semasa ke semasa (Mohd Ismail, 2008)

           Oleh itu untuk mengenal pasti punca-punca berlakunya perkara ini dan cara pengurusannya dengan lebih baik, maka kami telah menjalankan kajian yang memberikan fokus terhadap pengurusan tingkah laku dan disiplin pelajar di sekolah.



Rujukan 
1.         Salwana Binti Mohamed Nor.(Jun,2013). Pengurusan Disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan Harian di Daerah Pasir Gudang, Johor. Diperoleh daripada https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http://eprints.utm.my/id/eprint/41952/5/SalwanaMohamedNorMFP2013.pdf&ved=2ahUKEwiio8yo1unoAhVywTgGHR5CDmgQFjADegQIBRAC&usg=AOvVaw0AgVWheilmVjrahRUycl2W

2.         Lam Lee Mein.(Jun 2013). Pengurusan Disiplin di Tiga Buah Sekolah Menengah Daerah Kota Tinggi, Johor. Diperoleh daripada https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http://eprints.utm.my/id/eprint/41951/&ved=2ahUKEwi68paVi-roAhVReysKHaOyC-YQFjAAegQIARAB&usg=AOvVaw1ZqGaNgC0nJHQL5dsFJkju&cshid=1586941894692

3.         Mohamad Akbal Bin Abdul Mutalib.(Jun,2013). Amalan Kepimpinan dan Pengurusan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dalam Meningkatkan Disiplin Pelajar. Diperoleh daripada https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http://eprints.utm.my/id/eprint/41771/&ved=2ahUKEwiDrNzojOroAhXQxzgGHR9QDUgQFjACegQIBBAB&usg=AOvVaw2PXHftGPGwm6PNyYFqMQSa&cshid=1586942353684

No comments:

Post a Comment