KAJIAN LEPAS


Penemuan Lepas
  •      Menurut Nurhaiza Che Mat, kajian yang lepas telah dijalankan di sebuah sekolah iaitu sekolah X di negeri Johor. Kajian masalah ponteng sekolah dijalankan terhadap kelas yang berada di peringkat menengah rendah sekolah tersebut. Secara keseluruhannya, terdapat 21 kelas di peringkat menengah rendah. Murid-murid yang dikaji merupakan 3 kelas hujung setiap tingkatan, iaitu kelas E, F dan G. Sejak bulan Mei, peratus ketidakhadiran murid ke sekolah semakin meningkat di sekolah X terutamanya bagi murid-murid tingkatan 2E, 2F dan kelas 2G. Ponteng sekolah dalam kalangan murid-murid yang dikaji semakin meningkat, walaupun mereka telah menerima Surat Amaran Pertama dari pihak sekolah pada awal bulan Mac.
  •       Daripada analisis ketidakhadiran murid bagi bulan April ke Jun, didapati bilangan kes tidak hadir tanpa sebab, iaitu ponteng sekolah bagi kelas tingkatan 2E, 2F dan 2G adalah tinggi. Merujuk kepada semakan kehadiran bagi kelas-kelas berkenaan, didapati sebanyak 15 orang murid menunjukkan bilangan hari ponteng sekolah yang tinggi.

Data ponteng sekolah kelas murid-murid sekolah X bagi bulan Januari hingga Julai.


Data ponteng sekolah kelas kumpulan penyayang bagi bulan Januari hingga Julai.


Data Ponteng sekolah 15 responden bagi bulan Jan dan Julai.

  •      Bagi menangani masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar sekolah X, pihak sekolah telah menjalankan tiga tindakan kajian berserta hasilnya berdasarkan kaedah pemerhatian dan penilaian. Kajian telah dibuat terhadap 15 orang murid daripada tingkatan 2E, 2F dan 2G yang telah menerima Surat Amaran Kedua Ponteng sekolah pada bulan Jun dan Julai 2014.
  •     Tindakan yang pertama, perbincangan dengan ibu bapa responden telah dijalankan iaitu dengan menjemput ibu bapa murid ke sekolah untuk perbincangan isu ponteng sekolah walaupun surat amaran sekolah telah dihantar.
  •     Yang kedua, sesi belaian kasih telah dijalankan semasa sesi kaunseling kelompok antara dua orang kaunselor sekolah, Puan A dan Encik B dengan semua responden mengikut kelas dan jantina. Semasa sesi ini, kaunselor telah menjalankan temubual dan soal selidik berkaitan faktor diri, faktor keluarga dan faktor persekitaran yang mampu memberi motivasi terhadap semua responden.
  •    Tindakan yang ketiga ialah kaunselor menyediakan buku nota kecil untuk setiap responden bagi mencatat kehadiran mereka ke sekolah setiap hari. Responden perlu mendapatkan tanda tangan guru kelas atau guru ganti kelas dan tanda tangan ibu bapa di rumah setiap hari persekolahan.

         Bilangan hari ponteng sekolah berkurangan bagi kebanyakan responden. Pada bulan Oktober, 3 orang responden (responden ke 4, 12 dan 13) diberi surat amaran ketiga kerana jumlah hari yang tidak hadir ke sekolah telah melebihi 40 hari.
   
Daripada kajian ini, didapati 13 daripada responden menunjukkan perubahan positif terhadap kehadiran ke sekolah. Seorang responden masih kerap tidak hadir ke sekolah atas alasan sakit manakala seorang lagi pula selalu tidak hadir ke sekolah tanpa sebab. Keluarga kedua-dua responden berkenaan tidak dapat dihubungi oleh pihak sekolah kerana kerap menukar nombor telefon.

Rujukan
Nurhaiza Che Mat. (2016). Kajian Tindakan Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Murid Kump Penyayang SMK Datok Lokman. Muka surat 1. Diperoleh daripada http://www.nurhaizachemat.com/2016/02/kajian-tindakan-ponteng-sekolah-dalam.html?m=1

No comments:

Post a Comment