PENYATAAN MASALAH, OBJEKTIF DAN METODOLOGI KAJIAN

Penyataan Masalah Kajian 



1. Berapakah kekerapan pelajar yang mempunyai masalah tingkah laku dan disiplin di sekolah? 

2. Apakah punca-punca utama yang menyebabkan masalah tingkah laku dan disiplin dalam kalangan pelajar di sekolah?

3. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak sekolah untuk mengatasi masalah tingkah laku dan disiplin pelajar di sekolah?



Objektif  Kajian 

1. Mengenal pasti masalah tingkah laku dan disiplin yang kerap berlaku dalam kalangan pelajar.


2. Mengenal pasti punca-punca masalah tingkah laku dan disiplin pelajar.

3. Mengenal pasti langkah mengatasi masalah tingkah laku dan disiplin pelajar.



Metodologi Kajian 


  • Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat metodologi membawa maksud sistem merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin.
  • Maksud lain metodologi ialah kaedah, jalan, teknik, gaya, ragam, rentak, corak dan sistem. Metodologi juga bermaksud ilmu tentang metod atau disiplin yang digunakan semasa melakukan kajian tertentu untuk mencapai tujuan tertentu. 
  • Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab permasalah kajian.


1. Kajian perpustakaan




  • Kami menggunakan kaedah kajian perpustakaan dimana kami sekumpulan telah pergi ke perpustakaan berdekatan untuk mencari sumber berautoriti seperti buku, jurnal, artikel dan sebagainya yang berkaitan dengan objektif kumpulan kami iaitu mengenalpasti kekerapan pelajar yang mempunyai masalah tingkah laku dan disiplin, punca-punca masalah disiplin dan langkah untuk mengatasi masalah yang melibatkan tingkah laku dan disiplin pelajar.
  • Perpustakaan menjadi pilihan kami kerana kami yakin perpustakaan mempunyai bahan-bahan dan maklumat yang jelas dan berautoriti. Antara bahan-bahan yang telah kami perolehi adalah merupakan buku-buku bertajuk Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah laku yang dikarang oleh Haliza Hamzah dan Joy Nesamatar Samuel. Selain itu, buku yang dikarang oleh Mohd. Ismail Othman yang menghuraikan tentang peraturan dan perundangan disiplin di sekolah. Seterusnya ialah sebuah buku yang dikarang oleh Mok Soon Sang yang bertajuk Pedagogi untuk Pembelajaran dan Pengajaran dimana beliau menjelaskan tentang pengurusan disiplin bilik darjah. Buku-buku yang telah kami pilih, dipilih berdasarkan objektif kajian kumpulan kami. 
  • Sumber-sumber yang telah didapati akan digunakan untuk rujukan kajian kami.

2. Kaedah Melayari internet




  • Kaedah melayari internet ini adalah dengan melayari laman web pustaka secara atas talian untuk mencari bahan berautoriti seperti jurnal, artikel mahupun bahan bercetak seperti tesis bagi mengumpul maklumat dan data berkenaan dengan tajuk kami iaitu pengurusan tingkah laku dan disiplin pelajar.
  • Kebaikan melayari internet ini adalah bahan-bahan yang diperlukan mudah untuk didapati dalam masa yang singkat. Tambahan pula, pada masa yang sama menerusi laman web pustaka tersebut maklumatnya dijamin benar dan sahih kerana sumbernya telah ditapis. 
  • Menerusi kaedah ini, kami telah mendapat maklumat dan data untuk dapatan kajian yang telah dilaksanakan oleh pengkaji di sekolah sebelum ini berkenaan dengan pengurusan tingkah laku dan pembelajaran pelajar di sekolah. Antara sumber rujukan yang telah diperolehi berjudul Analisis Masalah Disiplin Berat dalam kalangan Pelajar di sebuah Sekolah Menengah (Disertai Tesis Sarjana) dikarang oleh Taniapa dan Marydevi yang menyentuh tentang kekerapan dan punca berlakunya masalah tingkah laku dan disiplin pelajar di sekolah. Selain itu, tesis berjudul Masalah-masalah disiplin di kalangan Pelajar Tingkatan 2 yang dikarang oleh Ramani Muthusamy. Terdapat juga sumber-sumber berautoriti yang lain untuk dijadikan sebagai sumber rujukan yang berkait rapat dengan objektif kajian kumpulan kami.

3. Perbincangan kumpulan




  • Mengadakan perbincangan bersama ahli kumpulan untuk mengenal pasti masalah mahupun isu berkenaan dengan pengurusan tingkah laku pelajar dan disiplin. Dalam masa yang sama kami sekumpulan berkongsi dan membincangkan sumber dan data yang telah diperolehi untuk menjawab persoalan masalah serta objektif yang merangkumi, kekerapan, punca-punca dan langkah mengatasi masalah tingkah laku dan disiplin pelajar di sekolah. 
  • Hal ini demikian kerana, jenis masalah disiplin yang sering berlaku, punca berlakunya masalah disiplin serta cara mengatasi masalah disiplin merupakan tunjang utama perbincangan kumpulan kami. 




Rujukan
1. Cikgu Mohamad (2009, Mac 27). Pengumpulan Data dan Maklumat. Diperoleh daripada http://ciptawangsa.blogspot.com/2009/03/pengumpulan-data-dan-maklumat.html?m=1

2. Ustazkenali (2016, Febuari 25). Apakah maksud Metodologi? Diperoleh daripada https://ustazkenali.wordpress.com/2013/06/30/apakah-maksud-metodologi/

3. Lokman Ismail (2016, Disember 27). Metodologi Kajian. Diperoleh daripada http://anjungwaliman.blogspot.com/2016/12/bpo.html

No comments:

Post a Comment