KAJIAN LEPAS

Definisi

  •          Menurut Cooke (2002) dan Etzioni (1964) disiplin merujuk kepada proses mengawal mahluk yang melibatkan tiga aspek berikut iaitu kawalan berbentuk paksaan yang berasaskan penggunaan ancaman, kawalan berbentuk utilitarian yang berasaskan ganjaran bercorak material, dan kawalan berbentuk simbolik yang menumpukan prestij, esteem atau sosial seperti kasih sayang dan penerimaan.
  •          Docking (1980) pula telah menyatukan pengertian disiplin yang melibatkan konsep disiplin diri, arahan dan kawalan. Justeru, beliau melihat disiplin dalam aspek berikut iaitu suatu elemen penting dalam proses membangunkan sosialisasi dan peribadi diri, suatu sistem kawalan yang melibatkan proses pengajaran, dan suatu proses yang mempunyai perkaitan rapat dalam mendidik diri individu.
  •          Martin (1997, hlm. 4) merumuskan pengertian disiplin seperti mana berikut. “Pada satu tahap, disiplin sekolah berkaitan dengan proses melahirkan persekitaran sekolah yang kondusif untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara cekap dan berkesan, tetapi dalam satu aspek lain, disiplin berkait rapat dengan isu perpaduan, keadilan dan kesamarataan”.
  •          Ringkasnya, disiplin merupakan suatu proses membangunkan peribadi individu untuk melahirkan sebuah persekitaran yang kondusif. Implikasinya, sesuatu aktiviti lain dapat dilaksanakan secara cekap dan berkesan.


Teori Kerangka

Menurut Asniyati Ahmadkajian ini akan menggunakan model Pengurusan Displin (Fail Meja Displin) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Model ini akan melihat tentang matlamat atau objektif pengurusan disiplin di sekolah iaitu:

·         Memastikan disiplin dan peraturan sekolah dikuatkuasakan.
·         Menyelesaikan masalah-masalah disiplin berpandukan surat pekeliling Kementerian Pelajaran dan arahan Jabatan Pelajaran Negeri.
·         Melantik pengawas sekolah atau ketua pelajar untuk membantu pihak sekolah menguatkuasakan  peraturan sekolah.

·         Menuju ke arah “kecacatan sifar” (Zero Defect) dalam hal-hal disiplin dan tingkah laku negatif pelajar.



Penemuan Lepas

  • Menurut Asniyati Ahmad, kebanyakkan penyelidikan kajian lebih menekankan untuk mencari punca, faktor serta kesan permasalahan disiplin.
  •  Kajian ini pula lebih menjurus kepada pengurusan disiplin di sekolah.
  •  Bentuk-bentuk kesalahan yang biasa dilakukan pelajar dan perbezaan kesalahan dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah juga dilihat sepanjang kajian ini dijalankan.
  • Kajian ini hanya tertumpu di tiga buah sekolah di Gugusan Bandar Mas, Kota Tinggi.  Penyelidikan ini melibatkan 60 orang guru daripada tiga buah sekolah tersebut. 
  • Sampel kajian terdiri daripada guru disiplin dan guru-guru di sekolah tersebut.  Kajian ini melihat sejauh mana tahap pengetahuan dan amalan pengurusan disiplin dalam kalangan guru serta bentuk-bentuk kesalahan disiplin yang berlaku dalam kalangan pelajar. 
  • Perbezaan juga dilihat dari segi jantina iaitu tahap pengetahuan dan amalan pengurusan disiplin guru lelaki dan guru wanita serta bentuk kesalahan disiplin di sekolah rendah dan sekolah menengah.

  •         Penyelidik telah menggunakan soal selidik yang diubahsuai daripada kajian-kajian lepas sebagai instrumen kajian. 
  •      Dalam kajian ini, pengkaji terlebih dahulu memohon kebenaran daripada Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar (EPRD), Kementerian Pendidikan dengan mengemukakan kertas cadangan kajian. 
  •           Setelah mendapat surat kebenaran, pengkaji memaklumkan kepada pengetua atau guru besar sekolah-sekolah yang terlibat bagi memohon kebenaran untuk mengedarkan soal selidik kepada guru-guru yang terlibat. 
  •       Seterusnya pengkaji akan memungut semula soal selidik bagi tujuan analisis data bagi mendapatkan hasil kajian yang dibuat. 
  •          Untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan bentuk-bentuk kesalahan pelajar, pengkaji telah meneliti data daripada e-displin setiap sekolah yang terlibat untuk tempoh dua tahun iaitu 2011 dan 2012 melalui guru disiplin sekolah tersebut.


  •          Bentuk-bentuk kesalahan disiplin dalam kalangan pelajar turut dilihat dalam kajian ini dan perbandingan turut dilakukan untuk mengetahui sama ada terdapat perbezaan kesalahan disiplin antara sekolah rendah dengan sekolah menengah. 
  •           Sebanyak 60 orang guru di tiga buah sekolah Gugusan Bandar Mas terlibat sebagai responden dalam kajian ini dan borang soal selidik telah digunakan untuk mengumpulkan data kajian. 
  •          Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru dalam pengurusan displin pelajar di sekolah berada pada tahap yang tinggi
  •         Dari segi perbezaan kesalahan disiplin pula, terdapat perbezaan antara sekolah menengah dan sekolah rendah iaitu sebanyak 17 kesalahan yang dicatatkan di sekolah menengah berbanding hanya lima kesalahan di sekolah rendah seperti membawa membawa telefon bimbit, meniru dalam peperiksaan, bergaduh, buli fizikal, memiliki dan menyimpan rokok, ponteng kelas, ponteng perhimpunan, biadap kepada guru, berbahasa kesat kepada murid, membuang sampah merata-rata, ingkar arahan guru, merosakkan harta benda sekolah, menconteng dinding bangunan sekolah, lewat ke sekolah, berkuku panjang, mewarna kuku dan rambut berfesyen.
  • Menurut Aznan Che Ahmad, Mohd Zuri Ghani, Salizawati Omar dan Zainuddin Md Isa terdapat pengkaji yang telah menemui amalan kurang berkesan untuk mengawal disiplin murid. Namun, masih terdapat guru yang melaksanakan amalan tersebut. Amalan tersebut adalah seperti mana berikut.


a)      Mempertikaikan atau kurang setuju dengan melaksanakan peraturan disiplin.

b)      Guru mendiamkan masalah disiplin. Sikap dan tingkah laku murid akan berubah menjadi negatif sekiranya guru mendiamkan masalah disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah (Emmer, 1990).

c)      Guru yang tidak menangani masalah disiplin secara berterusan.  Sekiranya guru kurang melaksanakan peraturan secara berterusan dan tidak bertindak seperti mana yang dikehendaki oleh peraturan sekolah, masalah disiplin dalam kalangan murid tidak dapat diatasi (Fitzsimmons, 1998).

d)     Hukuman yang dikenakan ke atas murid tanpa diikuti dengan sokongan atau galakan untuk meningkatkan tingkah laku (Pettit & Dodge, 2003; Weist & Cooley-Quille, 2001). Antara hukuman tersebut adalah merotan murid di khalayak ramai (Arcia, 2008).

e)      Hukuman sebat. Kebanyakan literatur menemui hukuman sebat kurang memberikan manfaat kepada seseorang murid.


Rujukan
Asniyati Ahmad, (2013), Pengurusan Disiplin Pelajar di Sekolah Gugusan Bandar Mas, Kota Tinggi, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Diperoleh daripada file:///C:/Users/user/Documents/kajian%20lepas%20pdf.pdf


Muhammad Faizal A. Ghani, Norfariza Mohd Radzi, Simin Ghavifekr, Husaina Banu Kenayatullah, , Pengurusan Disiplin Murid di Sekolah Kawasan Bandar dan Luar Bandar: Perspektif Pemimpin Sekolah, Jurnal Kepimpinan Pendidikan, Bil. 1, Isu 1, 40, Diperoleh daripada       file:///C:/Users/user/Documents/kajian%20lepas%20pdf%202.pdf

No comments:

Post a Comment