KESIMPULAN

                   Sambungan Perbincangan (pendapat)

l  Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh kumpulan kami melalui bahan-bahan yang berautoriti seperti buku, tesis dan jurnal mengenai masalah disiplin dan tingkah laku pelajar di sekolah kebanyakan maklumat yang kami perolehi ialah punca, kesan serta faktor berlakunya masalah disiplin di sekolah.

l  Ponteng sekolah merupakan masalah disiplin yang paling tinggi dicatatkan berdasarkan kajian  yang telah dilakukan oleh kumpulan kami. Hal ini demikian kerana, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah. Antara faktor pelajar ponteng sekolah adalah kerana kurang atau tidak berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Keadaan ini berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah, matematik, sains, geografi dan sebagainya.

l  Kami juga mengkaji cara-cara mengatasi masalah ponteng sekolah seperti perbincangan pihak sekolah bersama ibu bapa pelajar yang bermasalah, sesi belaian kasih dalam slot kaunseling dan tindakan yang diambil oleh kaunselor bagi pelajar yang bermasalah seperti menyediakan buku nota kecil untuk pelajar mencatat kehadiran ke sekolah. 



l  Berdasarkan keratan akhbar di atas, selain daripada ponteng sekolah, datang lewat ke sekolah juga mencatatkan bilangan tertinggi dalam kes disiplin pelajar.

l  Berdasarkan kajian yang telah kami lakukan terdapat beberapa faktor yang menunjukkan pelajar hadir lewat ke sekolah disebabkan oleh melakukan kerja sambilan, tidur jam 12 malam ke atas, kurang bermotivasi ke sekolah, hadir ke sekolah sebab terpaksa, lewat sebab diri sendiri iaitu tidak berdisiplin, tempat tinggal jauh dari sekolah, tinggal bersendirian, jadual kenderaan awam tidak menentu, suka tunggu rakan, tiada orang prihatin, sikap sambil lewa, sengaja datang lewat, masalah bangun awal dan tidak tahu sebab datang ke sekolah.

l  kami berpendapat bahawa perkara-perkara seperti ini berlaku kerana kurangnya sikap tanggungjawab dalam diri pelajar tersebut. Mereka juga tidak mempunyai matlamat yang tetap untuk hadir ke sekolah.

l  Perkara seperti ini perlu di atasi, kami berpendapat bahawa Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Pihak Badan Disiplin perlu bekerjasama dalam menangani masalah hadir lewat ke sekolah.

l  Unit Bimbingan dan Kaunseling boleh mengadakan program seperti Kami Sayang Anda dan program motivasi dalam meningkatkan kehadiran awal pelajar ini ke sekolah. Manakala dari pihak Badan Disiplin pula mengenakan tindakan menampal nama-nama pelajar lewat untuk kesedaran umum dan juga rotan sekiranya melebihi dari 5 kali lewat. 

l  Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk seseorang individu yang bergelar pelajar, terutama sekali pelajar-pelajar yang tinggal di asrama  seperti Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains MARA.

l  Hal ini demikian kerana, mereka lebih banyak menghabiskan masa mereka di sekolah berbanding di rumah, jadi guru merupakan ibu bapa kedua bagi pelajar berasrama di sekolah.

l  Contoh masalah disiplin yang sering berlaku dalam kalangan pelajar asrama ialah kes buli, kerana ia menjadi adat pada pelajar atasan di asrama untuk menyuruh pelajar-pelajar yang baru masuk ke asrama untuk melakukan sesuatu pekerjaan seperti mencuci pakaian pelajar atasan, dari situ berlaku pergaduhan antara pelajar-pelajar yang tinggal dalam satu asrama yang sama. Di sini, dapat kami simpulkan guru perlu mengambil tindakan ke atas pelajar-pelajar asrama yang terlibat dengan masalah disiplin.

l  Antara contoh lain masalah disiplin yang sering berlaku di sekolah ialah ponteng kelas, lewat ke sekolah, kes buli, ponteng sekolah, merokok, mencuri, bergaduh dengan rakan dan membuat bising semasa pdp.

l  Akhirulkalam, dapat kami simpulkan bahawa masalah disiplin dan salah laku dalam kalangan pelajar masa kini didorong oleh beberapa faktor seperti suasana pembelajaran, rakan sebaya, media massa dan sebagainya.

l  Pada pendapat kami guru merupakan golongan yang sering mendapat perhatian masyarakat. Hal ini demikian kerana rebah bangun sesebuah masyarakat adalah bergantung kepada para guru kerana mereka merupakan barisan hadapan yang akan membentuk dan mendidik pelajar menjadi insan yang berakhlak mulia serta dalam menangani masalah disiplin pelajar. 

Kesimpulan

           l  Kesimpulannya, masalah tingkah laku dan disiplin dalam kalangan pelajar sememangnya sering dihadapi oleh guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Bukannya mudah untuk menguruskan masalah tingkah laku di kalangan murid-murid. Adakalanya ia dapat dikawal dan ada kalanya ianya seperti barah yang boleh menyebabkan lumpuhnya proses pembelajaran di dalam bilik darjah.

l   Oleh itu, guru memainkan peranan utama membentuk keperibadian tingkah laku murid-murid semasa berada di sekolah. Selain itu juga, semua pihak perlu bekerjasama dalam  menangani masalah disiplin dan tingkah laku dalam kalangan pelajar di sekolah.

l     Akhir kata, semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini sebelum nasi menjadi bubur. Demi mewujudkan generasi yang lebih berguna pada masa hadapan, langkah drastik daripada semua pihak patut dilaksanakan. Tindakan daripada satu pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil. Jadi sama-sama kita berganding bahu untuk menangani masalah ini.


Rujukan
1. Chin Pek Lian, Low Li Chueen, Vivian Low Yen Yeong. (2005). Isu-Isu Masalah Disiplin Pelajar : Pendekatan Dan Penyelesaian. Seminar pendidikan 2005, fakulti pendidikan UTM.

2. Khairul Akmal Bin Mamat. (2010). Diperoleh daripada https://kayrolls.blogspot.com/2010/02/masalah-dusiplin-dalam-kalangan-pelajar.html

3. Aznan Che Ahmad, Mohd Zuri Ghani, Salizawati Omar, Zainuddin Md Isa. (2010). Artikel Pendidikan Khas. Kanak-kanak Bermasalah Tingkah Laku, 10(2). Diperoleh daripada https://www.researchgate.net/publication/291997651_Kanak-kanak_Bermasalah_Tingkahlaku

No comments:

Post a Comment