DAPATAN KAJIAN


DATA DARI SEKOLAH A

Menurut Puspa Devi Lokanathan, jadual 1 menunjukkan statistik masalah disiplin pelajar dari tahun 2012-2014.




Penerangan
  • Sampel kajian atau responden yang dipilih untuk kajian ini ialah 30 pelajar Sekolah A yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima. Pemilihan sampel ini adalah berdasarkan pelajar yang mempunyai masalah disiplin dan pelajar yang tidak mempunyai masalah disiplin. Pelajar yang mempunyai masalah disiplin dikenalpasti dengan menyemak Buku Rekod Disiplin Pelajar.
  •    Terdapat tujuh jenis masalah disiplin yang dialami oleh pelajar di Sekolah A iaitu bergaduh dengan rakan, mencuri, merokok, ponteng kelas, ponteng sekolah, lewat ke sekolah dan membuli kawan.
  •    Tiga masalah disiplin pelajar yang utama dapat dikenal pasti ialah kes lewat ke sekolah, ponteng kelas dan membuli kawan.


DATA DARI SEKOLAH B


Jadual 2: Peratusan masalah disiplin pelajar di Sekolah B 
menurut Abdul Rahman Suratmin.




Penerangan
  •      Sampel kajian atau responden yang dipilih untuk kajian ini ialah 10 pelajar Sekolah B yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan Empat.
  •       Berdasarkan jadual ini,  terdapat 18 jenis masalah disiplin pelajar di Sekolah B. Antara masalah disiplin yang utama adalah ponteng ko-kurikulum sebanyak 60% , berpakaian  tidak mengikut peraturan sebanyak  60 %,  datang lewat  sebanyak 40% dan makan di kantin luar masa rehat sebanyak 40% 


DATA DARI SEKOLAH C

Jadual 3 :  Carta pai peratusan masalah disiplin pelajar di Sekolah C menurut Ramani Muthusamy.




Penerangan

  •      Sampel yang diambil adalah seramai empat orang pelajar lelaki di Sekolah C. Maklumat juga diperolehi dengan meneliti bahan dokumen iaitu Buku Disiplin Sekolah dan Kad 001.
  •      Berdasarkan carta pai tersebut, ponteng sekolah merupakan peratusan masalah disiplin yang tertinggi iaitu sebanyak 60 %. Merokok dan bertumbuk mendapat peratusan yang kedua tertinggi iaitu 20% , yang seterusnya diikuti dengan lewat ke sekolah dan membuat bising semasa Pdp.


DATA DARI SEKOLAH D


Jadual 4 :  Masalah Disiplin Pelajar Sekolah D 
menurut Marydevi Taniapa.




Penerangan



  •    Responden terdiri daripada 20 orang pelajar tingkatan satu dan tingkatan dua di Sekolah D. Hasil kajian menunjukkan jenis-jenis masalah disiplin berat yang sering berlaku dalam kalangan pelajar ialah kes pergaduhan, merokok, buli dan peras ugut. Faktor-faktor paling dominan yang menyebabkan berlakunya masalah disiplin berat dalam kalangan pelajar sekolah menengah ialah faktor rakan sebaya dan ibu bapa.
  •     Berdasarkan kajian yang telah dibuat, masalah disiplin yang paling kerap dilakukan oleh para pelajar adalah bergaduh, melawan arahan guru, pengawas dan bising dalam kelas.


DATA DARI SEKOLAH E

Jadual 5: Graf Perbandingan Masalah Disiplin Pelajar Sekolah E Sebelum dan Selepas Pendekatan Islam Diterapkan berdasarkan kajian Khalim Zainal dan Wan Zulkifli Wan Hassan.



Penerangan



  •      Sampel kajian terdiri daripada 10 orang murid tingkatan 4 yang mengalami masalah disiplin tegar. Pelajar-pelajar tersebut dipilih berdasarkan kekerapan mereka melakukan kesalahan. Kaedah yang digunakan untuk membantu mengurangkan masalah disiplin adalah dengan melaksanakan pendekatan Islam. Antaranya adalah melalui pemantapan iman melalui solat, tazkirah agama dan sebagainya.
  •   Berdasarkan kajian yang telah dibuat, , sebelum pendekatan Islam diterapkan, bergaduh, berkelakuan biadap terhadap guru, menghisap rokok, lewat ke sekolah dan ponteng merupakan masalah disiplin yang selalu dilakukan oleh kesemua 10 orang pelajar
  •    Namun begitu, selepas penerapan Islam dilaksanakan, masalah disiplin pelajar  berkurangan. Masalah disiplin seperti vandalisme, bergaduh serta biadap terhadap guru berjaya mencapai angka 0 manakala yang lain dikurangkan sehingga angka 2.
  •      Kesimpulan kecil yang boleh diungkapkan adalah masalah disiplin yang paling kerap berlaku di Sekolah E adalah menghisap rokok dan lewat ke sekolah.




Rumusan berdasarkan semua hasil dapatan kajian mengenai masalah disiplin di lima buah sekolah

        Berdasarkan kajian-kajian yang telah diambil dari sumber yang berauthoriti, masalah disiplin pelajar yang paling kerap berlaku dalam kalangan pelajar adalah gejala ponteng. Gejala ponteng yang berlaku sama ada ponteng sekolah, ponteng kelas dan ponteng ko-kurikulum merupakan masalah disiplin pelajar yang selalu berlaku dalam kalangan pelajar. Selain daripada gejala ponteng, lewat ke sekolah turut merupakan masalah disiplin ke dua yang paling banyak dilakukan oleh para pelajar dan diikuti dengan bising di dalam kelas.





PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA MASALAH 
DISIPLIN PELAJAR


DATA DARI SEKOLAH A

Graf menunjukkkan peratusan punca masalah disiplin pelajar berdasarkan kajian Puspa Devi Lokanathan.




Penerangan

  •      Berdasarkan data daripada Sekolah A, majoriti bersetuju bahawasanya punca-punca berlakunya masalah disiplin pelajar adalah disebabkan oleh sifat kendiri responden, ibu bapa, guru-guru, rakan serta media sosial.
  •          Antara punca masalah disiplin pelajar yang mendapat peratusan tertinggi adalah pengaruh rakan sebaya ( 93.3%) , sifat guru yang garang (88.3%) , ajakan daripada rakan (96.7%) serta media sosial (93.3).
  •          Berdasarkan maklumat di atas, pengaruh rakan sebaya merupakan faktor utama yang menyebabkan masalah disiplin pelajar di sekolah A.

DATA DARI SEKOLAH B

Menurut Abdul Rahman Suratmin, graf ini menunjukkkan peratusan punca masalah disiplin pelajar.


Penerangan 
  •    Berdasarkan data dari Sekolah B, sudah terang lagi bersuluh bahawasanya diri sendiri iaitu para pelajar merupakan faktor utama yang menyebabkan berlakunya masalah disiplin pelajar di sekolah.
  •     Peratusan punca masalah disiplin tertinggi adalah diri sendiri (40%) , manakala yang selebihnya iaitu sekolah, keluarga dan persekitaran adalah 20%


DATA DARI SEKOLAH C
Berdasarkan kajian Ramani Muthusamy, graf menunjukkkan peratusan punca masalah disiplin pelajar.


Penerangan

  • Peratusan punca berlakunya masalah disiplin pelajar yang paling tinggi adalah persekitaran iaitu (100%). Hal ini demikian kerana, para pelajar yang bebas untuk bergaul lebih mudah terdorong untuk melakukan masalah disiplin pelajar sekiranya mereka tersilap memilih kawan.
  • Namun begitu, diri sendiri serta keluarga turut menyumbang ke arah masalah disiplin pelajar yang semakin hari semakin kritikal ( 60%) diikuti dengan sekolah (40%).


DATA DARI SEKOLAH D

Graf menunjukkkan peratusan punca masalah disiplin pelajar berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Marydevi Taniapa.


Penerangan

  • Pengaruh rakan sebaya merupakan faktor utama masalah disiplin pelajar di Sekolah D kerana mempunyai peratusan punca berlakunya  masalah disiplin yang paling tinggi iaitu 90%
  • Selain itu, berdasarkan data, keluarga turut menjadi punca tercetusnya masalah disiplin pelajar kerana mereka kurang pemerhatian daripada ibu bapa (75%). Fenomena ini akan mengakibatkan hubungan ibu bapa dan anak menjadi renggang dan anak-anak kurang mendapat kasih sayang daripada ibu bapa mereka (75%).
  • Guru turut menjadi faktor berlakunya masalah disiplin pelajar (60%) berdasarkan data yang diberi. 



DATA DARI SEKOLAH E

Graf menunjukkkan peratusan punca masalah disiplin pelajar menurut kajian Khalim Zainal dan Wan Zulkifli Wan Hassan.


Penerangan

  • Peratusan punca masalah disiplin pelajar di sekolah E diambil menerusi temu bual pelajar.
  • Berdasarkan data yang telah diperolehi, keluarga sibuk mendapat peratusan yang tertinggi (100%) , sekali gus menjadikan ianya sebagai faktor utama berlakunya masalah disiplin pelajar di sekolah.
  • Selain itu, peratusan kedua tertinggi merupakan pengaruh rakan sebaya dan guru yang bersikap perkauman (90%) , diikuti dengan pelajar yang tidak berpuas hati dengan guru disiplin yang sering menyalahkan mereka walaupun kesalahan tersebut kecil (85%) dan teknik guru mengajar yang agak kurang menarik (80%).


Rumusan daripada dapatan kajian punca-punca berlakunya masalah disiplin pelajar

     Berdasarkan data-data yang diperoleh daripada pelbagai sekolah, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang ke arah masalah disiplin pelajar. Antara faktor utama berlakunya masalah disiplin pelajar adalah disebabkan oleh diri kendiri serta pengaruh rakan sebaya. Selain itu, masalah keluarga yang mempunyai latar belakang yang berbeza serta peranan guru turut menjadi faktor dalam masalah disiplin pelajar di sekolah.


Rujukan
Abdul Rahman Suratmin. (1999). Masalah Disiplin Pelajar Remaja : Satu Kajian Kes       Pelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Harun,               Tanjong Karang, Selangor. Diperoleh daripada                                                                    http://studentsrepo.um.edu.my/1139/7/BAB_4.pdf

Khalim Zainal dan Wan Zulkifli Wan Hassan. (2009). Pendekatan Islam dalam                  Menangani Masalah Disiplin Pelajar Sekolah: Satu Kajian Kes. Jurnal of             Islamic and Arabic Education, 1(2), 1-14. Diperoleh daripada       file:///C:/Users/USER/Documents/sek%20E%20dapatan%20kajian%20.pdf


Puspa Devi Lokanathan. (2015). Disiplin Pelajar di SMK Bandar Utama Damansara       4, Petaling Jaya. Diperoleh daripada   http://studentsrepo.um.edu.my/6042/1/EDMH_2-11_BAHAGIAN_SATU.pdf


Ramani Muthusamy. (2000). Masalah-masalah disiplin di kalangan Pelajar Tingkatan   2. Diperoleh daripada http://studentsrepo.um.edu.my/1139/7/BAB_4.pdf


Taniapa, Marydevi. (2015). Analisis Masalah Disiplin Berat dalam kalangan Pelajar di     sebuah Sekolah Menengah (Disertai Tesis Sarjana). Diperoleh daripada             file:///C:/Users/USER/Downloads/dapatan%20kajian%204.pdf




No comments:

Post a Comment